Search This Blog

SK SUGUD

>> Sunday, October 3, 2010






Pada 01 – 03 haribulan yang lalu, pelajar spps bagi kursus ASAS PENYELIDIDAN telah melaksanakan satu program di SK SUGUD penampang. Program ini dinamakan sebagai PROGRAM PELAJAR GEMILANG SK SUGUD. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Banyak aktiviti yang menarik telah dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik sekaligus meningkatkan lagi motivasi serta hubungan diantara pelajar-pelajar UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dengan penduduk kampung sugud. Program sebegini adalah sangat bermakna dan seharusnya dilaksanakan setiap tahun.

Ini merupakan kali pertama saya selaku AJK KESELAMATAN mengikuti program yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan pada awalnya saya berasa sangat janggal. Namun, perasaaan janggal tersebut mula hilang apabila pelajar-pelajar mula memberikan kerjasama dan mula menghargai kedatangan kami.
Pelajar-pelajar yang mengikuti program tersebut terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 serta pelajar tahun 6. Pelajar-pelajar ini sangat gembira dengan kehadiran kami. Terdapat seorang pelajar yang sanggup untuk mengikuti program ini walaupun pada masa yang sama sepupunya melangsungkan perkhawinan. Ini membuktikn bahawa program yang kami lakukan ini memberi makna yang cukup besar kepada mereka.

Dalam program tersebut, setiap fasilitator diberikan seorang adik angkat. saya juga telah mendapat seorang adik angkat yang bernama FRANGKIE. FRANGKIE merupakan seorang pelajar tahun 5 dan sangat aktif. dia bercita-cita untuk menjadi seorang inspektor polis.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP