Search This Blog

TRIP TO MT KinABALU

>> Sunday, December 25, 2011



ALHAMDULILLAH....

Pada 8-10 APril 2011 saya telah berjaya menjejakkan kaki ke puncak MT.kinabalu bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan. perjalanan bermula pada 8 April dimana kami bergerak daripada MARKAS PALAPES UMS dengan menaiki bas UMS.

aktIviti ini dikenali sebagai Ekspidisi Menawan puncak MT. kINABALU 2011.
sesampai sahaja di kawasan pendaftaran. kami mula mendaftar untuk mendaki . sebenarnya Ekspidisi kami ini adalah sebahagian daripada kerja amal yang mana kami kena membersihkan satu kawasan yang terdapat di kawasan tersebut. kerja amal tersebut dianjurkan oleh badan bukan kerajaan di bawah WWF.

selesai sahaja menjalankan kerja amal tersebut. kami semua berehat di sebuah kawasan tempat berehat. trip kami kali ini bukan bermula daripada laban rata. so pada malam itu, kami terpaksa berjalan lebih awal untuk ke laban rata iaitu sekitar jam 11.30 pm. cuaca pada masa tersebut agak tidak mengizinkan kerana hujan lebat yang berlaku serta kabus agak tebal.
dalam perjalanan tersebut saya berasa kurang selesa. Tubuh saya mula merasa kelainan, pening, tidak lalu makan dan perut memulas. Mungkin kena Acute Mountain Sickness (AMS). Perjalanan ke puncak bermula agak lewat iaitu jam 3.00 pagi. daripada guide kami mereka mengatakan jika hujan masih lagi belum reda, kemungkinan pendakian kami ke puncak akan dibatalkan. namun, Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang telah memakbulkan doa kami semua dan tidak mensia-siakan peluang kami dan hujan pun beransur reda.

Saya tiba dipuncak agak lewat iaitu jam 7.30 pagi bersama-sama Kakak Wati (2 x da mendaki mt Kinabalu) . Sesampainya di sana saya bersama dengan kakak sempat bergambar dengan Bena EKSPIDISI kami.









pada dasarnya, saya sudah tidak larat untuk meneruskan pendakian kerana mengalami (AMS) yang semakin serius. mula pening dan muntah-muntah. namun, kakak saya telah memberikan semangat dengan mengatakan kepada saya (da nampak puncak tu, takkan mau putus asa, rugi bayar Ooooo.). malu juga saya kerana hampir berputus asa. berkat usaha akhirnya sampai juga kami ke puncak. (thanks kakak.)hehe.
Insya Allah, kalau diizinkan Allah, saya akan ke sana lagi. Doakan ana dimurahkan rezeki.




mimang BEST LAH...





0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP